Tuesday, September 18, 2012

Imbasan perjalanan


[MUMBLING PERTAMA]
Date:18/9/2012
Time: 2.00 pm

Duduk di kerusi bos cashier sambil menaip bebelan-bebelan dan memerhati pelangganramai orang ni..marketing ckit sure penuh restoran nih
Perkara pertama yang perlu aku terapkan dalam diri 

Hati pelanggan ibarat mentol.Mudah pecah..so handle with care"=).

Minggu ni hampir 2 minggu sudah berlalu..alhamdulillah makin ramai pelanggan bertambah dan makin banyak ilmu dah download..makin ramai pelanggan bermaksud uang rejekinya udah bertambah

Banyak tugasan yang perlu digalas ketika ini
1) Design menu
2) Marketing plan and implementation
3) Invitation card
4) Brochure

Agak memenatkan tetapi inilah perjalanan yang sudah aku pilih…sebab aku percaya dalam kepahitan itu ada kemanisan dan juga dalam kesusahan ada kesenangan .apa yang dah dibelajar harus dipraktikkan..bukan hanya sekadar contengan dan lolongan di kertas exam sewaktu pembelajaran di UiTM malahan diaplikasikan ketika ini..

Nasihat aku kepada adik-adik di UiTM 
belajar jangan hanya berkisarkan pointer”
Ingat taw!!!…pointer itu bukan kiblat mahupun imam yang bakal memimpin perjalanan hidup kita.. .Pointer hanya digunakan sebagai kompas tetapi anda lah penentu dan pemandu arah perjalanan. 

Adakalanya aku merasa kesian kerana ramai pelajar terkejar-kejar pointer ibarat itulah matlamat hidup selamanya..uhhh..

Ah..dah terkeluar tajuk nih

Sambil itu, aku hanya memerhatikan gelagat-gelagat pelanggan.ramai yang datang….cakap je ape muka nak dilihat..semua ado..muka masam,muka rimau,muka nak makan budak..

Selesai sahaja makan…muka rimau yang ganas seperti buaya tadi dah bertukar kancil..itulah petanda pelanggan sudah kenyang(sambil memegang perut)

Date: 9/7/2012
Time: 2.36 am

Brip! Brip!

Bb:(1 unread msg)

Aduh siapa pulak hantar message pepagi neyh

“Selamat pagi pihak tunas mekar mengalu-alukan tuan/puan ke walk in interview bg program TM Selangor Siri 4 pada 11 & 12 Jul 2012 jam 8pg- 4.20 ptg brtmpat di pejabat TM, Blok 13 Intekma Resort. Sila bawa bersama salinan IC, Sijil Original Dip/Degree, sijil kurus K’winan, gmbar 2 keping.”

Huh?

Mata yang dipejam mula dicelikkan… 0-o

alah orang Unifi datang..bsambung..

Monday, July 23, 2012

Diari ramadhan terakhir




Tik Tik Tik Tik...masa penulisan 7.12 pagi.baru selesai solat subuh di Bertam..masa sememangnya pantas berlalu..seakan-akan terbang melintasi menggunakan pecutan kuasa kuda..aduh..metafora la sangat kan...lama tak update blog ini..sebenarnya bukan tak nak update blog tapi idea dah kering kontang...penulisan cerpen dah lama berjalan tapi rasa macam tak berpenghujung la pulak...dari entry separuh tak siap ke entry baru pulak...sabar ye cik cerpen..nanti-nanti jer la aku tengok balik...

Masa penulisan entry neyh..penulis  baru menghabiskan alam persekolahan degree.suka cket panggil sekolah-sekolah ni..rasa macam muda sekejap..
err..okai dah tua rasanye...heee

sobs..rindu..sekejap jer dah habis diploma..pejam mata kejap,lepas tuh bukak mata terus habis degree....life is like chipsmore..jangan bukak-bukak mata terus penulis dukung baby,pegang botol susu sudah..hew hew..FAKTA:masa tak mengejar sesiapa,masa akan sentiasa berjalan dan berlari meninggalkan masa-masa lalu yang kita lalui..

Suatu ketika dahulu, blog ini dijadikan tempat luahan perasaan tapi masa,zaman dan pemikiran mungkin sudah berubah.entry yang lama tidak akan dihapuskan.TIDAK SEKALI..biarlah aku sendiri yang melihat kematangan otak sendri dari segi penulisan..walaupun entry sebelumnya kosong tetapi mungkin ianya boleh dijadikan sandaran kepada entry-entry yang bakal menyusul tak lama lagi...penulis berfikiran biarlah update blog dan memenuhkan ruangan maya ini dengan penulisan yang memberikan idea dan input yang lebih bermanfaat dan bukanlah hanya sekadar luahan perasaan..

Mesti pembaca yang terbaca menyoal...eh,kenapa tajuk diari ramadhan terakhir?...ni kena mengena dengan wasiat terakhir penulis ker?.(sob menitis air mata sebentar...haha.over kan)..

OH TIDAK!!!...sebenarnya entri ramadhan terakhir ini akhirnya last entry penulis di dalam bulan ramadhan pada tahun ini..mungkin penulis akan update blog selepas habis ber-ramdahan...itu aje yer...insyaallah penulis akan menghabiskan ramadhan kali ini dengan bermusafir di tempat yang lebih tenang dan tenteram...moga-moga impian dan harapan penulis untuk berpuasa dan bertalaqqi di tempat ilmuan ini dipermudahkan...amin..


Di pagi yang hening sambil menjamu halwa telinga yang dialunkan irama Maher Zain,penulis berfikir hari-hari yang bakal menjelma bagaikan bertahun lamanya..kata orang, habis degree bagaikan pertama kali disapa zaman kemerdekaan tapi hati ini kian sayu mengenangkan zaman pembelajaran di universti yang kian berlalu..aku cuba berusaha melapangkan dada tetapi entah mengapa terasa sebak dan air mata kian berderai bila mengenangkan zaman ini yang bakal berlalu..

"bagiku,mungkin ilmu ini belum penuh didada, kali ini aku nekad mungkin bukan lagi ilmu dunia yang ingin aku kejar, ilmu akhirat bagaikan ternanti-nanti untuk mengisi kekosongan di jiwa ini"

..aku masih ternanti-nanti sesi takruf bersama akhwat-akhwat bersama-sama di dalam ruangan masjid..bagiku jika kita boleh bersembang di dalam facebook berjam lamanya, update twitter 24/7 tetapi kenapa tidak berbincang soal  perjuangan dan sanubari islam..begitu halus peperangan pada zaman sekarang..bukan lagi perjuangan menggunakan senjata dan peluru, tapi perjuangan menyemai dan mematri nur islam di dalam hati..aku sedar aku masih terpinga-pinga, masih bertatih tetapi tatihku ini biarlah sehingga berjalan dan berlari untuk perjuangan di jalan Illahi.

di waktu yang lain...

"mama, kalau ada orang  nak pinang acik macam mana mama"?..
tiba-tiba pertanyaan yang bermain-main di minda  menerjah di bibir mulutku..

Pinang acik?..maksud acik..ada orang perempuan nak pinang anak lelaki mama?
erm, mama rasa tak salah sebab tak menyalahi dan melanggar hukum pun, cuma sekarang ni mungkin kita tertakluk dengan adat. kalau acik nak tau benda ni lebih lanjut, tanya je la dengan ustaz azhar idrus tuh..hehe

"tapi ada ker orang nak pinang anak mama ni?..subhananallah,anak mama dah besar..tiba-tiba ckp pasal pinang meminang ni....anak mama dah sampai seru".?

"tak lah mama,cuma sejak kebelakangan nih anak mama ni rasa ada orang jeling-jeling".hehehe..

"anak mama memang camtu,gatal nak kawen dah.umur da umur 24 kan.da tua la kata.kan.hahaha..da lah..mama nak masak nih, tolong potongkan bawang nih, jangan lupa blender skali taw..nasib mama ada anak  lelaki yang suka masuk dapur nih"...malam ni kita makan nasi ayam penyet, tapi bukan beli.anak mama yang kena masak tau..

perbualan aku dengan mama terhenti sebegitu...mungkin nada ini mama merasakan aku bergurau tapi pertanyaan ini sememangya serius..

......................................................

aku hanya sesorang akhwat.tidak punya banyak harta.tidak juga dari paras rupa...tapi bagiku...aku bersyukur kerana Allah masih menyempurnakan aku dengan dua kaki,tangan dan segala. Aku masih seorang lelaki yang punya harga diri, tidak ada cacat cela nya, masih berjalan menggunakan kaki, masih mempunyai sepasang telinga yang tidak pekak dan tuli, masih mempunyai lidah yang petah berkata- kata dan yang penting Allah sentiasa di sisi.. Ya Allah syukur Alhamdullillah..

Jalanku kini sedang menuju Illahi, bukanlah sehebat seorang ustaz mahupun segagah Imam muda, seperkasa al-fatih tapi aku aku menggagahi diri ini kerana mengetahui hidup ini bukan sekadar duniawi tapi lebih dari itu iaitu kehidupan ukhrawi...doa kan aku agar sentiasa istiqamah..

Mama..bukan lah pinangan untuk ikatan tali perkahwinan..............................................

sebenarnya yang achik maksudkan pinangan itu adalah pinangan dari Allah..jemputan illahi..mungkin pertanyaan itu ditanya selepas aku hadir ke sebuah majilis ilmu...ustaz ada menyatakan,jika kita ditumbuhi uban, sakit kaki, makan ubat,kerap sakit...

ini merupakan tanda bahawa Malaikat maut menyapa kita dan bertanya: Assalamualaikum..are you ready?..apakah kita bersedia untuk menjawab jawapan di kubur nanti..apakah amalan kita utuh dan membolehkan malaikat mungkar dan nangkir mendapat jawapan kerana yang menjawab semua persoalan bukanlah diri ini tetapi amalan yang ukuh dan terpatri di dalam diri...

terfikir sejenak..masih belum terlambat kah..?
jawapannya mudah...masih belum...

biarlah lambat asalkan belum terlewat...bak kata orang putih better late than never.....


mungkin ini adalah coretan terakhir..mana tahu kan...
andai hari ini penghujung bagi hayat ku

"maafkan aku untuk segalanya"
"andai ada kertelanjuran daripada ku, tegur dan pimpin lah daku"

jangan biarkan diri ini dalam kesesatan selamanya...


Ya Allah, Jadikanlah Amal Kami Sebagai Amalan Terbaik Untuk Penutup Hidup Kami, Jadikanlah Umur Kami  Sebagai Hari Yang Dipenuhi Ilmu Untuk Syurgawi. Dan Jadikanlah Hari Yang Bakal Mendatang Sebagai Hari Terbaik Untuk Kami Menjumpaimu.. 



Yang Benar,

Ahmad Luttfi
aka pena blog
-mr.cinderella- 







Tuesday, April 24, 2012

AKU DAMBA CINTA YANG HALAL


CINTA HARAM HALAL.


"Selagi masih belum Halal kita masih punyai jarak"

Masalah hati sering dikaitkan dengan remaja..remaja yang di mana hidup di dunia yg penuh fasyar dan mungkar..

Bila berbicarakan tentang hati, saya teringang-ngiyang di fikiran akan penulisan Hanan Umairah yang merujuk kepada Ayat Baqarah 216:

" Jika kita merampas sesuatu nikmat sebelum tiba  masa yang sepatutnya, kita tidak akan merasa nikmatnya apabila masanya telah tiba"..
Kenyataan ini benar kerana apabila kita menikmati cinta sebelum ikatan pernikahan, maka kita tidak akan merasa perkara yang sama selepas pernikahan. Amalkan cinta yang halal dan asbab itu kamu akan merasa kemanisan dan ketulusan sebuah ikatan perkahwinan.

Memang tidak dinafikan cinta adalah keindahan, ianya hanya menjadi indah jika cinta itu halal dan jika sekiranya kita merasakan cinta itu indah apabila bercouple,maka keindahan itulah yang dibuaikan dan dialunkan oleh nafsu dan tipu daya syaitan.

"Tawanlah hati sebelum kita menjadi tawanan"
Mengapa kita sering memikirkan hal cinta?
Ianya adalah fitrah manusia kasih dan mengasihani tetapi janganlah dijadikan alasan untuk terjebak di alam couple yang lebih melalaikan..pemikiran sebegini biasa berlaku apabila kita meningkat remaja, walhal pada masa dan ketika penulis menulis coretan ini, jiwa bergelora dan meruntun apabila melihat ramai yang sedang "berbahagia"..akan tetapi aku yakin Allah sedang merencanakan sesuatu di dalam perjalanan hidup aku supaya hidup ini di jalan diredhai..

"Dunia ini diibaratkan seperti ladang dan kita( manusia ) sebagai petani dan di akhiratlah kita akan mengutip hasil nya"

Perasaan cinta bukanlah asing dalam diri manusia, semuanya pasti akan merasa tetapi apa yang membezakan ialah bagaimana menangani cinta..cinta secara halal mahupun cinta yang haram?..

KUNCIKAN PERASAAN...

perasaan ini pernah wujud dalam diri ini muncul secara tiba-tiba.normal kan..biarlah ku kuncikan perasaan ini terlebih dahulu..pernah ku baca jika kita mencintai seseorang biarlah kita mencintai nya secara diam,jika dia adalah jodoh kita..Allah akan merencanakan dia untuk kita..tetapi jika tidak,dia bukan lah milik kita..aku khuatir jika cinta dan rindu ini melebihi cinta ku kepada Illahi...bukan cinta berbicara melalui tutur dan kata tetapi biarlah cinta yang akan ku dapat itu adalah cinta yang nurani yang bersaksi dan berpaksikan ijab dan qabul.

Aku yakin sejauh mana pun aku merentasi, sekuat mana pun dia berlari dan gunung mana pun kami mendaki..jika dia adalah jodoh ku..kita akan bertemu jua wahai si bidadari..

Aku mengerti hidup ini lebih bererti dengan kurniaan dari Illahi..aku berdoa agar hati ini tidak mudah rapuh tika berpaling ke arah duniawi..perlu diingatkan dunia kita cari, akhirat kita berlari...
Biarlah aku menempuhi cinta ini bila aku lebih memahami cinta kepada Illahi.

Jika benar tiada jodoh,aku sering mengingatkan diri ini :
"patah tumbuh hilang berganti".Yang penting Allah sentiasa di sisi..


Cinta boleh menjadi adalah satu keindahan,
yang bisa menjadi kan mawar menjadi duri,

Cinta adalah satu anugerah,
jangan mengubah menjadi fitnah,

Cinta adalah muhibbah.
jangan ditukar menjadi musibah.

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan
agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." -Imam Nawawi

Yang Benar,
Ahmad Luttfi